Salam Perkenalan dan Salam Perjuangan...
Alhamdullilah...Setelah sekian lama dok berhajat nak terbitkan blog untuk Pas Kota Aur nie namun kerana kesibukan waktu, akhirnya tanggal 5 Rejab 1432H bersamaan 07 Jun 2011 blog Pas Kota Aur nie dengan rasminya dilancarkan.... Insyaallah,semoga dengan blog nie, Pas Kota Aur akan lebih dikenali di serata dunia.
Kampung Kota Aur yang terletak dalam daerah sik mempunyai penduduk seramai 961 orang, daripada jumlah itu kaum lelaki seramai 458 orang manakala kaum wanita pula seramai 508 orang(hahaha pompuan ramai dari lelaki). Kota Aur boleh dikatakan perkampungan melayu kerana semua penduduknya berketurunan melayu dan beragama Islam. Boleh dikatakan 50% penduduk disini berkerja sebagai penoreh getah, 10% nelayan tasik, 4% kerja sendiri, 3% lain-lain, 2% berniaga, 1% kerja dengan kerajan dan 30% lagi tak dak kerja.
Di Kota Aur terdapatnya tasik buatan manusia yang dikenali sebagai empangan Muda atau Tasik Gubir. Kat tasik nie lah 10% penduduk Kota Aur mencari rezeki sebagai nelayan tasik tapi tak layak menerima subsidi minyak seperti mana nelayan laut dapat.
Kota Aur hanya mempunyai satu saja cawangan Pas dalam UPU Kota Aur. PRU13 yang lalu, nama Kota Aur menjadi perhatian di seluruh negeri Kedah apabila umno memasukkan 1031 undi pos dalam DPT 3 2007 ke UPU Kota Aur. Tanpa melalui proses pameran dan bantahan, umno dengan kerjasama SPR(budak suruhan) mewartakannya.
Setakat ini dulu serba sedikit tentang Pas Kota Aur. Mudah-mudahan Allah S.W.T memperteguhkan hati kita demi untuk menegakkan kebenaran....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan