Selasa, 27 Disember 2011

Parlimen bubar 15 Feb, undi pada 11.3.13 ?

PEMERHATIAN penulis ke atas beberapa akhbar berbahasa cina kebelakangan ini menyaksikan wujudnya persaingan hebat dalam meramal tarikh sebenar pembubaran parlimen dan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan.

Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press sebagai contoh meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik, akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Namu berdasarkan trend semasa tarikh yang lebih logik ialah pada 17 Februari 2012 iaitu pada hari Jumaat kerana Jumaat dianggap hari yang lebih afdal selain menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia yang menganggap Jumaat adalah hari bertuah untuk mengumumkan sebarang acara besar.

No 11 adalah nombor yang dikatakan menjadi kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sering dikaitkan dengan elemen tuah. Justeru tarikh pengundian pada Sabtu dilihat akan memberi kelebihan kepada BN berbanding jika diadakan pada 12 Mac (Ahad) kerana penganut Kristian akan mudah dipengaruhi untuk menentang kerajaan ketika mereka bersembahyang di gereja pada hujung minggu.

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri. Atas sebab-sebab tertentu, akhbar-akhbar tersebut tidak pula menyatakan badan pemikir mana yang menyalurkan maklumat tersebut kepada mereka.

Dalam perkembangan yang sama, sumber lain pula memaklumkan kepada penulis bahawa Barisan Nasional (BN) akan memberi penumpuan kepada 190 buah kerusi parlimen dan dari jumlah tersebut, BN yakin akan menawan sejumlah 170 buah kerusi. Indikasinya, BN kini kembali bernafsu untuk mendapat semula majoriti 2/3 yang hilang dalam PRU12 pada 2008.

Tapi dalam masa yang sama, temubual eksklusif Sin Chew dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membayangkan sebaliknya.

Nazri membayangkan BN akan mengalami kesukaran untuk kembali menguasai majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang. Alasannya ialah, Malaysia sedang melangkah menjadi negara maju dan dengan itu rakyat juga menjadi lebih ’sofsikated’ dalam menentukan pilihan masing-masing di peti undi.

Pada pendapat penulis keghairahan akhbar-akhbar cina ini adalah semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ‘ramalan’ yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka, walaupun dizaman moden hari ini.

Bagaimanapun, suatu yang pasti ialah, akhbar berbahasa cina jarang menampilkan maklumat dari sumber yang tidak kuat. Justeru untuk menolak bulat-bulat maklumat ini juga boleh menjurus Pakatan Rakyat kepada kesilapan dalam membuat perhitungan dari segi kos dan merangka strategi pilihanraya yang berkesan.

Oleh itu penulis beranggapan, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat mengkaji semua kemungkinan termasuk ramalan-ramalan sedemikian dalam menyediakan parti berhadapan dengan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Paling penting mengenal pasti 190 kawasan-kawasan parlimen yang disebut akan menjadi fokus BN dan merencana strategi yang betul, daripada calon dan parti yang akan bertanding, sehinggalah kepada persiapan logistik yang bersesuaian.( sumber - Suara Pakatan Rakyat )

Khamis, 9 Jun 2011

Bukti Mahadet halang Pas Kelantan laksanakan Undang2 Hudud...

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

sumber : http://drahmadmuhammadmujahid.blogspot.com

p/s hari nie umno pulak tergedik2 tuduh Pas dah tk mau tubuh Negara Islam..sejak bila pulak umno begitu prihatin dengan Negara Islam..surat Mahafiraun ini adalah bukti bahawa umno tak mau kepada Undang2 Islam...

DEMONTRASI BERSIH 2



p/s Ayuh rakyat Malaysia!!!!!! Kita turun beramai2..Kuasa Rakyat Kuasa Keramat..

Rabu, 8 Jun 2011

PETA

PETA KAMPUNG KOTA AUR.


inilah gambaran keseluruhan kampung Kota Aur. kalau nak jelas lagi klik ja gambar tu.

Selasa, 7 Jun 2011

Pas Kota Aur

Salam Perkenalan dan Salam Perjuangan...

Alhamdullilah...Setelah sekian lama dok berhajat nak terbitkan blog untuk Pas Kota Aur nie namun kerana kesibukan waktu, akhirnya tanggal 5 Rejab 1432H bersamaan 07 Jun 2011 blog Pas Kota Aur nie dengan rasminya dilancarkan.... Insyaallah,semoga dengan blog nie, Pas Kota Aur akan lebih dikenali di serata dunia.

Kampung Kota Aur yang terletak dalam daerah sik mempunyai penduduk seramai 961 orang, daripada jumlah itu kaum lelaki seramai 458 orang manakala kaum wanita pula seramai 508 orang(hahaha pompuan ramai dari lelaki). Kota Aur boleh dikatakan perkampungan melayu kerana semua penduduknya berketurunan melayu dan beragama Islam. Boleh dikatakan 50% penduduk disini berkerja sebagai penoreh getah, 10% nelayan tasik, 4% kerja sendiri, 3% lain-lain, 2% berniaga, 1% kerja dengan kerajan dan 30% lagi tak dak kerja.

Di Kota Aur terdapatnya tasik buatan manusia yang dikenali sebagai empangan Muda atau Tasik Gubir. Kat tasik nie lah 10% penduduk Kota Aur mencari rezeki sebagai nelayan tasik tapi tak layak menerima subsidi minyak seperti mana nelayan laut dapat.

Kota Aur hanya mempunyai satu saja cawangan Pas dalam UPU Kota Aur. PRU13 yang lalu, nama Kota Aur menjadi perhatian di seluruh negeri Kedah apabila umno memasukkan 1031 undi pos dalam DPT 3 2007 ke UPU Kota Aur. Tanpa melalui proses pameran dan bantahan, umno dengan kerjasama  SPR(budak suruhan) mewartakannya.

Setakat ini dulu serba sedikit tentang Pas Kota Aur. Mudah-mudahan Allah S.W.T memperteguhkan hati kita demi untuk menegakkan kebenaran....